SOALAN SOALAN LAZIM

Apakah waktu program vaksinasi di MCMC?

Kaunter vaksin bertempat di tingkat bawah depan hospital. Kami menjalankan program vaksinasi dari

Hari Isnin ke Jumaat: 8.30am-3pm
Hari Sabtu: 8.30am-1pm

Apa yang perlu saya bawa?

Pen, Kad pengenalan, Kad vaksin dan MySejahtera (telefon)

Boleh saya "walk-in" untuk vaksin "booster"?

Kami ada "walk-in" untuk PFIZER sahaja.

Tetapi, kami perlu memastikan bahawa anda telah memenuhi kriteria seperti:
1. cukup waktu antara dos-2 dengan dos "booster"
2. nama anda tidak terkunci di pusat vaksin yang lain (kami masih boleh berikan vaksin tetapi E-Cert MySejahtera akan mengambil 2-4 minggu untuk dipaparkan.

Boleh saya menukar pusat vaksin yang diberikan oleh MySejahtera kepada MCMC?

Tidak boleh kerana buat masa ini, MySejahtera tidak membenarkan kami mendaftar anda terus ke dalam sistem kami. Percubaan untuk mendaftar akan dibatalkan oleh MySejahtera.

Tetapi, kami masih boleh berikan vaksin dan masukkan pendaftaran anda melalui "Manual Upload". Cuma E-cert MySejahtera akan mengambil 2-4 minggu untuk dipaparkan.

Boleh saya vaksin di MCMC jika saya sudah batal atau meminta temujanji baru dalam MySejahtera?

Jika nama anda masih terkunci di pusat vaksin yang sebelum ini, kami boleh teruskan dengan vaksinasi tepati E-cert Mysejahtera akan mengambil 2-4minggu untuk dipaparkan.

Saya telah mendaftar dengan MCMC dalam "standby list" SINOVAC. Bilakah saya akan diberi temujanji?

Kami hanya akan menghubungi pendaftar dalam "standby list" jika kami mempunyai baki vaksin dari mereka yang tidak hadir untuk temujanji vaksin MySejahtera.

Apakah tempoh masa diantara dos-2 dan dos "booster"?

Pfizer ialah 3 bulan
AstraZeneca ialah 3 bulan
Sinovac ialah 3 bulan.

Apakah jenama vaksin yang diberikan?

Buat masa ini, hanya Pfizer dan Sinovac.

Adakah penerima vaksin jenama AstraZeneca juga diberi "booster"?

AstraZeneca akan diberi Pfizer sebagai vaksin booster.

Semasa program Dos1 dan 2, apakah vaksin yang selamat untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusu badan?

PFIZER.

Boleh saya menerima vaksin "booster" Pfizer jika saya menyusu badan? 

Pfizer dan Sinovac boleh diberi sebagai vaksin "booster"

Boleh oleh saya menerima vaksin "booster" semasa mengandung?

Buat masa ini hanya vaksin Pfizer selamat diberikan semasa mengandung.

Kalau kad booster menunjukkan tarikh luput vaksin adalah dalam masa 2 minggu, adakah ianya bermakna perlindungan dari COVID-19 cuma sampai 2 minggu sahaja?

Tidak, tarikh luput tersebut bermaksud tempoh vaksin boleh disimpan dalam peti sejuk.